KEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA

'Outsource' Urusan 'Human Resource' Syarikat Anda 

Ketahui bagaimana anda mampu menjimatkan perbelanjaan syarikat anda lebih 70% setahun hanya dengan menggunakan perkhidmatan HR kami secara menyeluruh !

Misi & Visi Kami

Kenapa anda perlu bersama kami dalam membangunkan pekerja di syarikat anda 

Misi

Untuk mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan, di mana kami mengenal pasti dan menentukan keperluan prestasi organisasi dan pekerja. Kami menggunakan kepakaran kami untuk melaksanakan penyelesaian yang menyeluruh dan berprestasi tinggi

Visi

Kami memegang piawaian yang tinggi mengenai integriti dan kredibiliti, yang terbukti melalui kejayaan pelaksanaan penyelesaian yang kami cadangkan kepada pelanggan,berdasarkan pengalaman industri, pengetahuan fungsional, dan kemahiran pragmatik.

APA YANG KAMI TAWARKAN

Kami Menawarkan Solusi Untuk Urusan HR Anda

Strategi kami adalah untuk menyediakan pelanggan kami akses mudah ke pelbagai kepakaran sumber manusia,kepada syarikat kecil, sederhana dan besar untuk semua keperluan pengurusan sumber manusia anda.
Di Clickku.com, kami membantu organisasi untuk mencapai visi dan objektif  melalui perkhidmatan perundingan HR yang bersepadu, strategik dan berorientasikan penyelesaian dengan memberikan perkhidmatan terbaik seperti berikut:

• Perancangan Strategik Sumber Manusia

Untuk memastikan syarikat anda sentiasa berdaya saing, perancangan strategik pekerja adalah sangat penting

Read more
Pengurusan Prestasi Pekerja

Dalam memastikan syarikat anda sentiasa memberikan servis dan kualiti terbaik, anda perlu memastikan pekerja anda sentiasa mencapai prestasi yang optimum

Read more
Pengurusan Penggajian

Untuk sebuah syarikat, pengurusan penggajian pekerja adalah salah satu sektor atau bahagian yang rumit dan sangat kompleks untuk diuruskan setiap bulan

Read more
Latihan & Pembangunan

Kami boleh menganjurkan dan juga menguruskan latihan yang bersesuaian dengan pekerja anda supaya mencapai tahap yang lebih baik

Read more

• Hubungan pekerja

Dalam memastikan pekerja anda dapat memberikan prestasi kerja yang baik, soal disiplin dan hubungan sesama pekerja perlu dipantau sentiasa

Read more
Projek Khas

Kami juga menawarkan servis untuk projek khas syarikat anda seperti penyediaan manual kerja, SOP, pemfailan syarikat dan sebagainya

Read more
Pembangunan Sumber Manusia

PERANCANGAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA

Terdapat 4 elemen penting yang kami terapkan dalam membangunkan sumber manusia melalui perancangan strategik yang kami tawarkan iaitu meliputi aspek Rakan Kongsi Strategik, “Change Agent”, Pakar Pentadbiran da juga “Employee Champion”

MEMBANGUNKAN PEKERJA YANG EFEKTIF

PENGURUSAN PRESTASI PEKERJA

Untuk menjadikan syarikat anda lebih berdaya saing dan mencapai tahap yang lebih tinggi, anda memerlukan pekerja yang kompeten dan mampu melaksanakan tugas yang sepatutnya. Kami boleh menawarkan solusi yang mana kami akan menilai dan memberikan laporan lengkap tentang prestasi pekerja mengikut KPI yang telah ditetapkan. 

PROSES YANG PALING RUMIT DAN PERLUKAN PENELITIAN

PENGURUSAN PENGGAJIAN“PAYROLL”

Salah satu penemuan yang paling penting dalam bidang pengurusan, menurut Harvard Business School, adalah “OUTSOURCING”. Strategi untuk “OUTSOURCING”. adalah untuk membantu pihak pengurusan atasan mengfokuskan kerja-kerja memajukan bisnes mereka serta mengalihkan aktiviti rutin atau operasi pentadbiran dan pengurusan pekerja serta sumber manusia , kepada kami. Kami memproses elaun dan potongan anda, menghasilkan gaji, laporan statutori, fail mengkreditkan bank, serta payslips kertas bercetak atau payslips elektronik yang dihantar terus ke e-mel pekerja.

Kami,menyediakan perkhidmatan kepada semua masalah Payroll dan Sumber Manusia anda tanpa sebarang pelaburan awal dan pada masa yang sama mengurangkan kos untuk menggaji pekerja. Kami akan memproses gaji pekerja anda untuk serta menyediakan laporan bulanan mengikut permintaan anda. Perkhidmatan kami untuk Pentadbiran Payroll termasuk:


Tahap awal / penghijrahan dari sistem sedia ada
• Memberi nasihat yang relevan kepada majikan mengenai pengurusan gaji mengikut undang-undang dan akta Malaysia
• Mendaftar majikan dan pekerja dengan pihak berkuasa tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri
• Mewujudkan akaun dan membuat pindahan data pekerja dan fail gaji



Proses Gaji Bulanan
Payslips (menggunakan sampul surat payslip, pdf atau hantar melalui kepada e-mel pekerja)
• Butiran Penggajian (laporan dalam kumpulan mengikut sektor, jabatan atau kategori)
• Ringkasan Penggajian (laporan dalam kumpulan mengikut sektor, jabatan atau kategori)
• Senarai pekerja untuk membuat pembayaran di Bank / Banker dan pembayaran online
• KWSP Borang A
• Perkeso & EIS
• Borang Cukai Pendapatan CP39 (bulanan) / Borang CP39 Format Disket, CP8A, CP159 & EA (setiap tahun)
• Zakat



Proses Mengemukakan Penyata Tahunan (e-Filing)
Menyediakan Perkhidmatan E-filing seperti penyediaan borang cukai tahunan untuk majikan &pekerja
Projek Khas
Membantu proses pengiraan gaji tertunggak,elaun dan semua bayaran pihak berkanun (KWSP,SOCSO,LHDN)

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Latihan dan pembangunan perlu dilaksanakan bagi pekerja atau kumpulan pekerja kerana:-

Peningkatan Prestasi
Pekerja yang menerima latihan lebih mampu melaksanakan tugas tugasnya. Latihan memberikan pemahaman yang jelas tentang tanggungjawab mereka terhadap pekerjaan mereka.JIka kelemahan dapat ditangani, prestasi pekerja akan menjadi bertambah baik. Latihan dan pembangunan juga dapat meningkatkan kekuatan anda dan membantu memperoleh kemahiran baru. Syarikat juga perlu meneliti keperluan latihan dan pembangunan untuk menyasarkan individu yang relevan. Pekerja yang berwibawa dapat membantu syarikat anda memegang jawatan sebagai pemimpin dan pesaing yang kuat dalam industri.


Peningkatan produktiviti
Dalam landskap yang pesat berkembang, produktiviti bukan hanya bergantung pada pekerja, tetapi juga pada teknologi yang mereka gunakan. Latihan dan pembangunan melancarkan proses dalam memastikan pekerja sentiasa peka dan serba tahu dalam teknologi terkini , menggunakan teknologi yang lebih baik dan membuang teknologi yang sudah lapuk. Ini membantu menyelesaikan kerja dengan cekap dan dengan cara yang paling produktif. Peningkatan kecekapan dalam pemprosesan akan memastikan kejayaan projek dan seterusnya akan meningkatkan perolehan syarikat dan bahagian pasaran yang berpotensi.


Kepuasan Diri Pekerja
Pelaburan syarikat dalam program latihan menunjukkan syarikat menghargai pekerja. Latihan mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni. Pekerja yang telah mengikuti latihan kurang memerlukan pengawasan dan bimbingan . Latihan dapat meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pekerja dan membolehkan mereka menangani tugas tanpa pengawasan. Ini juga membolehkan penyelia dan pengurusan memberi tumpuan kepada lebih banyak perkara yang mendesak. Pekerja yang merasa dihargai dan dicabar melalui peluang latihan mungkin merasa lebih berpuas hati terhadap pekerjaan mereka.
Sebagai “Succession Planning”untuk membantu pekerja yang layak untuk beralih kepada peranan yang baru dalam organisasi

KOMUNIKASI DAN DISIPLIN PEKERJA

HUBUNGAN PEKERJA

Dalam mewujudkan suasana kerja yang kondusif, selesa dan diterima ramai, hubungan antara pakerja danjuga kebajikan pekerja perlu diutamakan. Kebanyakan majikan sukar untuk menguruskan disipilin, komunikasi dengan pekerja kerana sibuk dalam urusan pembangunan syarikat. Kami di Clickku.com boleh mengambil alih tugasan ini dan seterusnya menjadikan hubungan dan disiplin pekerja lebih baik di syarikat anda

Tentang Syarikat Kami

Kanaz Marketing Sdn BHd

Kanaz Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Kanaz Group of Companies dan kini mempunyai jaringan perniagaan di lebih 5 buah negara termasuk Jepun, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Indonesia.
Visi projek kami di Clickku.com adalah ingin melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang berdaya saing dan mampu untuk melicinkan urus tadbir syarikat supaya mampu mencapai tahap industri utama dan pemain utama global

DI BALIK TABIR

Peneraju Utama Clickku.com

Clickku.com diterajui oleh pasukan yang berpengalaman luas dalam bidang sumber manusia dan pernah menguruskan syarikat dan korporat utama Malaysia

Anith Zafira

Ketua Pegawai Operasi

Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang sumber manusia dan pengurusan syarikat

Fatin Nabila

Eksekutif Operasi

Berpengalaman dalam bidang pengurusan syarikat, sumber manusia dan perundangan 

Nur Shafikah

Eksekutif Kewangan

Berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan syarikat serta kewangan 

Hubungi Kami

Plan Servis Kami

Kami menawarkan plan konsultasi dan servis yang sangat berpatutan serta jauh lebih murah berbanding syarikat lain yang menawarkan servis yang sama.

basic

RM600

Bulanan

  • Pendaftaran percuma untuk Epf,Socso,Eis & LHDN (untuk permulaan)
  • Perkhidmatan Perundingan Sumber Manusia untuk Borang HR, Surat Penggajian
  • Hubungan Pekerja
  • Perubahan Pekerja
  • Pengurusan Prestasi
  • Pengurusan Penggajian untuk RM43 / pax (max 25 pekerja)
LANGGAN SEKARANG
HOT DEAL

RM1,000

Bulanan

  • Pendaftaran percuma untuk Epf,Socso,Eis & LHDN (untuk permulaan)
  • Perkhidmatan Perundingan HR (ADVANCED)
  • Hubungan Pekerja
  • Perubahan Pekerja
  • Pengurusan Prestasi
  • Pengurusan Penggajian untuk RM43 / pax
  • EA & Borang E max 25 pekerja
LANGGAN SEKARANG